Dekan Pusat Sains Pergigian HUSM,  Prof.  Dr. Adam Husein berkata, malah kerusi itu juga dihasilkan bagi keperluan rawatan golongan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

"Kerusi itu adalah sumbangan dari Hospital Meichen Stomatological, Wehai,  China hasil daripada kerjasama pintar bersama rakan strategik berkenaan pada 2016. Ini kerana, kos sebuah kerusi itu mencecah RM150,000.

"HUSM adalah institusi kedua memiliki kerusi berbentuk animasi yang lengkap dengan peralatan teknologi canggih seperti video muzik yang boleh dimainkan menerusi Ipad di negara ini selepas  Universiti Teknologi Mara (UiTM)," katanya.  

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Klinik Pakar Pergigian di Pusat Trauma, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini hari ini.  

Turut hadir Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr.  Asma Ismail.  - UTUSAN ONLINE