Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana tersebut sebagai tambahan kepada bantuan sebanyak RM3 juta yang telah diberikan oleh kerajaan sebelum ini kepada SMC pada Mei lalu.

“Saya amat berbangga dengan peranan SMC. Saya benar-benar tersentuh.

“Wang RM3 juta sebelum ini belanjakanlah dulu baik-baik. Kalau semuanya (pelajar SMC) dapat keputusan baik, saya akan tambah RM3 juta lagi. Ini janji saya pada pada SMC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Vetri ‘Road to Victory in 2018’ di Dewan Sanmarka Orang India di Hutan Melintang dekat sini.

Yang turut hadir, Pengarah yang juga pengasas SMC, Tan Sri Dr. M.Thambirajah dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin. - UTUSAN ONLINE