Menteri Kerja Raya Baru Bian yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba' Kelalan berkata perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Pendidikan mengenai isu ini bagi mencari jalan penyelesaian dengan segera.


"Saya akan pastikan tindakan segera diambil kerana difahamkan peruntukan untuk pembinaan sekolah tersebut telah diluluskan," katanya semasa lawatan rasmi ke sekolah tersebut hari ini dan pada masa sama turut mengumumkan peruntukan RM30,000 untuk SK Awat-Awat serta RM5,000 untuk Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah berkenaan.


Baru yang juga Anggota Parlimen Selangau mahu segala permasalahan yang berlaku di daerah Lawas dilaporkan dengan segera di Pusat Khidmat ADUN di sini supaya tindakan segera dapat diambil.


Selain peruntukan untuk sekolah, Baru turut menyalurkan peruntukan RM30,000 untuk membina jeti di Sungai Bumbun, Jalan Sundar-Awat-Awat dan pembinaan jeti Kampung Tanjung Pagar dengan jumlah peruntukan akan diumum kemudian. - BERNAMA