Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi YBR, Datuk Abdul Rahman Kasim.

Yang turut hadir, Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Ini merupakan tahun ketiga yayasan itu menganjurkan tuisyen percuma pada setiap hari Sabtu.

Program tersebut melibatkan calon-calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR); Ujian Bertulis Pentaksiran Tingakatan 3 (PT3); Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah terpilih di seluruh negara.

Sebanyak 16 buah sekolah di daerah ini terpilih untuk menyertai Tuisyen Rakyat. - UTUSAN ONLINE