Untuk itu, pengurusan sekolah tersebut bersama 1,000 muridnya akan mendoakan kesejahteraan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan usrah diraja serta melafazkan ikrar Rukun Negara pada perhimpunan mingguan setiap pagi Ahad.


Guru besar sekolah itu, Wan Abdul Aziz Wan Noh berkata, amalan itu adalah sebahagian pendidikan patriotisme untuk memupuk jati diri dalam kalangan murid dan guru.


Menurutnya, lafaz ikrar Rukun Negara amat penting sebagai aku janji untuk membentuk sebuah negara bangsa.


“Apabila kita lafazkanya selalu, Rukun Negara akan lekat dalam jiwa murid-murid dan mereka akan menghafalnya. 


“Bacaan doa serta lafaz ikrar dibimbing oleh murid melalui dua segmen setiap kali perhimpunan dan mereka dilatih oleh guru penasihat pengawas dan jawatankuasanya,” katanya ketika ditemui selepas majlis perhimpuan mingguan warga guru dan murid di sekolah berkenaan, di sini pagi ini.


Wan Abdul Aziz berkata, perhimpuan mingguan itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu Negeri Kelantan, lagu sekolah dan berakhir dengan sebuah lagu patriotik.


Menurutnya, doa kepada payung pemerintahan negara, ibu bapa dan guru melatih murid bertata susila tinggi serta berbudi bahasa. - UTUSAN ONLINE