Mayat Ahmad Kamal Ideris ditemukan berhampiran lokasi dia terjun oleh anggota penyelamat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan penemuan mayat itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi, Ahmad Kamal dikatakan nekad terjun ke dalam sungai itu selepas bergaduh dengan ibunya.

Dia yang dikatakan menghadapi tekanan dan sering berhalusinasi selepas berpisah dengan isterinya telah meminta ibunya menghentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) kira-kira 500 meter daripada jambatan itu.

Tindakannya cuba dihalang oleh ibunya tetapi gagal dan seorang lelaki yang berada di tempat kejadian juga gagal untuk menghentikan Ahmad Kamal daripada terjun ke dalam sungai tersebut.

Pada 2 Januari lalu, dia dikatakan telah membuat panggilan bom di sebuah stesen minyak di Pasir Mas sehingga mencetuskan kegemparan. - UTUSAN ONLINE