Video oleh HASIF IDRIS

Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) negeri, Siti Khadijah Hamzah berkata, tangkapan yang dilakukan hasil risikan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

“Hari ini kita berjaya menahan 106 PATI yang merupakan warganegara Vietnam dalam operasi yang dijalankan di tiga pangkalan persendirian di Tok Bali.

“Kita telah memeriksa seramai 226 PATI dari pelbagai negara seper­ti Thailand, Kemboja dan Myanmar. Selepas itu, kita bebaskan seramai 120 orang daripada­nya kerana tidak mempunyai sebarang kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Operasi Mega 3.0 yang berjalan serentak di seluruh negara, di sini hari ini.

Operasi yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu berlangsung selama dua jam melibatkan seramai 45 anggota Imigresen dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).

Menurut Siti Khadijah, kese­mua PATI yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah mengikut Sek­syen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan tinggal lebih masa, Seksyen 6 (1) (c) akta sama kerana tiada pas yang sah serta Seksyen 6(3) akta sama iaitu gagal melaporkan kemasukan ke negara ini kepada pihak Imigresen.

“Kesemua PATI dibawa ke Depot Tahanan Imigresen bagi siasatan lanjut,” jelasnya.