Yang Dipertuanya, Mohd. Ali Amin Ab. Latif berkata, melalui sijil tersebut, sekurang-kurangnya memberi peluang kepada usahawan untuk menjadi tenaga pengajar atau membuka pusat latihan sendiri.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi membantu usahawan memiliki sijil kemahiran.

"Setelah mengikuti latihan selama setahun, mereka akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia tahap dua dan tiga. Malah sijil ini akan membantu usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan termasuk membuka pusat latihan.

"Setakat ini,seramai 90 peserta telah mengikuti program berkenaan yang meliputi bidang solekan, jahitan, masakan, fotografi dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pertandingan Solekan Artis By Niesya Magic Bland (Mazni Bridal), di sini hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr . Awang Adek Hussin.

Yang turut hadir, Naib Pengerusi Dewanita Kelantan DPMMNK, Norma Yusoff dan Pengurus Mazni Bridal, Mazni Asa'ri.

Dalam pertandingan itu, seramai 29 peserta telah menonjolkan bakat masing-masing bagi merebut hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1,000. - UTUSAN ONLINE