Menurut satu kenyataan di sini hari ini, syarikat yang memiliki Kolej Uniti itu bekerjasama dengan Universiti Fatoni dan tokoh perniagaan Thailand, Mokhtar Laeman dalam pembangunan projek tersebut.

Katanya, bandar baharu Pattani Jaya melibatkan kawasan seluas 188.6 hektar yang turut merangkumi kawasan perdagangan.

“Kerjasama Kumpulan Uniti Asia bersama dengan Universiti Fatoni dan Mokhtar adalah di kawasan Perdagangan Pattani Jaya yang merupakan komponen dalam bandar baharu tersebut.

“Pada masa kini, kami sedang membina sebuah kawasan beli belah, ASEAN MALL seluas 9,600 meter persegi,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kawasan yang turut dilengkapi dengan perkahwinan itu telah siap 60 peratus dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini.

Katanya, malah kesemua produk dan perkhidmatan di kawasan tersebut adalah halal.

“Kadar sewa yang murah menyediakan peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam aktiviti perniagaan di kawasan ini.

“Hasil keuntungan akan dikongsi dengan golongan miskin dan kurang upaya melalui wakaf dan sedekah,” katanya.

Prapelancaran ASEAN MALL akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE