membantu 20 anak yatim yang memerlukan bagi meneruskan persekolahan dengan sempurna.

Pengerusi Persatuan Ummu Habibah Tanah Merah, Noriah Hussin berkata, anak-anak tersebut merupakan sebahagian daripada golongan asnaf yang tertinggal daripada menerima bantuan ketika sesi persekolahan bermula awal tahun ini.

Beliau berkata, pelajar-pelajar tersebut mungkin tercicir daripada menerima bantuan disebabkan mereka tidak mengetahui sumbangan yang disampaikan oleh pelbagai pihak serta kedudukan rumah yang jauh.

"Kita mendapat senarai nama pelajar-pelajar ini melalui ahli-ahli Ummu Habibah yang mengenalpasti mereka yang memerlukan di kawasan masing-masing.

"Walaupun telah bersekolah hampir tiga bulan, tetapi keperluan mereka masih tidak sempurna dan kita membantu memberikan mereka beg sekolah yang baharu," katanya selepas penyampaian bantuan tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE