Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tubuh bomba sukarela di pondok, maahad

OKB BOMBA MAAHAD
SEBAHAGIAN daripada sukarelawan yang membantu warga Matais diraikan dalam Majlis Makan Malam Kaseh OKB di Kota Bharu malam tadi.-UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 19 Mei - Semua sekolah pondok dan mahaad tahfiz wajar mempunyai pasukan bomba sukarela sendiri bagi menangani kejadian kecemasan seperti kebakaran sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad berkata, usaha mewujudkan pasukan itu perlu diberi tumpuan ekoran kejadian kebakaran yang berlaku di beberapa sekolah pondok dan mahaad tahfiz sejak kebelakangan ini.


“Kita lihat sudah tiba masanya pasukan ini diwujudkan sebagai persediaan berdepan kecemasan terutama ketika berlakunya kebakaran.


“Selain itu, kewujudan pasukan ini juga dilihat tepat untuk memberikan pendedahan awal tentang aspek pencegahan kebakaran serta langkah-langkah yang boleh diambil sekiranya kejadian itu berlaku,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Kaseh OKB bagi meraikan sukarelawan yang membantu memulihkan semula asrama Mahaad Tahfiz Al-Ismailiah (Matais), di sini yang musnah terbakar hujung bulan lalu, di sini malam tadi. -UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain