Malah sejak diperkenalkan pada tahun lalu, permintaan terhadap nira kurma sepanjang Ramadan amat memberangsangkan biarpun dijual dengan harga di antara RM15 sehingga RM20 untuk 250 mililiter.

Perbezaan di antara nira yang dihasilkan daripada kurma berbanding kelapa atau enau ialah rasanya yang manis dan enak diminum ketika sejuk.

MOHD. ZIN (dua dari kiri) mencuba tuka kurma bersama keluarganya. - UTUSAN ONLINE

MOHD. ZIN mencuba tuak kurma bersama keluarganya. - UTUSAN ONLINE

Mohd. Zin Mohamed, 59, dari Kampung Teras, Binjai di sini berkata, pada mulanya dia menanam pokok kurma di tanah seluas 0.3 hektar itu sebagai hobi tanpa mempunyai ilmu khusus berhubung penjagaan pokok kurma.

“Sepatutnya pokok ini mengeluarkan buah tetapi jadi pokok jantan, selepas berfikir panjang, saya mencari maklumat bagi mendapatkan hasil daripada 200 batang pokok kurma yang ditanam ini.

“Bermula tahun lepas, pokok ini mengeluarkan hasil ‘tuak’ (nira) kurma. Alhamdulillah usaha saya tidak sia-sia apabila saya kini digelar pengusaha nira kurma. Malah, saya adalah satu-satunya pengusaha nira kurma di Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dia yang telah menceburi bidang pertanian hampir 20 tahun lalu itu berkata, sebatang pokok kurmanya yang agak besar mampu mengeluarkan air nira antara tiga hingga empat liter sehari.

“Saya tidak menjual di kedai sebaliknya mereka akan datang ke rumah saya untuk mendapatkan tiga produk ini namun, untuk cuka kurma, saya berusaha untuk mengkomersilkan memandangkan ia banyak khasiat.

“Selain ahli keluarga, saya terpaksa menggunakan khidmat pekerja Bangladesh bagi menghasilkan air nira, memandangkan terlalu sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan,” katanya.

Tambahnya, usaha kerasnya telah mendapat perhatian sekumpulan individu dari Thailand yang datang bertemunya untuk berguru menanam kurma serta menghasilkan tuak namun dia menolak permintaan tersebut kerana perusahaan itu adalah punca rezekinya. - UTUSAN ONLINE