SHEIKH AHMAD DASUKI SHEIKH MOHAMAD
SHEIKH AHMAD DASUKI SHEIKH MOHAMAD

Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad berkata, jumlah itu adalah sejajar dengan perjanjian yang termaktub di antara kerajaan negeri dengan Petronas.

Beliau berkata, jumlah 20 peratus daripada keuntungan pengeluaran minyak adalah janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Kami bersetuju dan menyokong penuh tindakan Kerajaan Pas Kelantan memohon supaya royalti minyak diberikan sebanyak lima peratus berdasarkan jumlah pengeluaran dan bukannya 20 peratus daripada keuntungan.

“Sebagai kerajaan, PH sepatutnya berpegang kepada perjanjian yang telah termaktub sejak sekian lama dan rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyarankan Kerajaan Persekutuan disaran mengikut perjanjian asas berhubung tuntutan pembayaran royalti minyak sebanyak lima peratus berdasarkan pengeluaran di negeri masing-masing.

Kenyataan itu dibuat ekoran daripada pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan PH akan memenuhi janji menyalurkan 20 peratus keuntungan minyak dan hasil petroleum negara kepada empat negeri pengeluar sumber itu. - UTUSAN ONLINE