Mudir Pondok Jal Besar, Saifulbaharin Che Ali berkata, projek pembinaan semula pondok tersebut bermula pada tahun 2017 dan telah siap 60 peratus.

Beliau berkata, bangunan yang bernilai RM1.8 juta itu boleh menampung 500 pelajar jika siap sepenuhnya.

“Kita memerlukan kira-kira RM800,000 lagi untuk menyiapkan sepenuhnya iaitu melibatkan 40 peratus pembinaan lagi.

"Jika pondok baru ini siap sepenuhnya nanti pengambilan pelajar baru tidak lagi menjadi masalah kerana boleh menempatkan seramai 500 orang," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Saifulbahrin berkata, pada masa ini hanya seramai 100 pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 30 tahun melibatkan penduduk tempatan, Pahang, Selangor dan Johor menuntut di pondok tersebut.

Katanya, pembinaan pondok yang baharu itu mengikut spesiifkasi yang dikehendaki pihak berwajib selepas berlaku kebakaran pada 2016 yang berpunca daripada pendawaian elektrik.

“Kita berharap ada pihak yang sudi menderma bagi pembinaan pondok ini untuk siap sepenuhnya walaupun ia mungkin mengambil masa agak lama.

“Orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian atas akaun Madrasah Al-Badriah Pondok Jal Besar, Tumpat menerusi akaun Maybank 553092000137 dan Bank Muamalat 0301-0006471-71-7,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Saifulbaharin di talian 012 9618580 atau 016 774 7480. - UTUSAN ONLINE