Tuan Kub Tuan Well

Malahan mereka menyifatkan projek yang menyediakan 418 unit rumah itu adalah salah satu bukti keprihatinan Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat memiliki rumah sendiri.

Sementara itu, Pengerusi Ja­watankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bandar, Pulai Condong, Tuan Kub Tuan Well berkata, permintaan terhadap PPR di Parlimen Machang amat luar biasa.

“Masih ramai lagi terutama generasi muda yang belum memiliki rumah sendiri dan hanya menumpang di rumah ibu bapa masing-masing.

“Jadi, usaha kerajaan menyediakan PPR ini adalah langkah terbaik untuk membantu rakyat memiliki rumah yang jauh lebih murah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi Peniaga, Wan Yah Salim, 45, dari Kampung Pangkal Gong berkata, dia sudah lama me­nunggu peluang untuk memiliki rumah sendiri menerusi projek PPR tersebut.

“Saya hanya berharap dapat memiliki rumah sendiri menerusi PPR kerana harga rumah sekarang ini amat tinggi dan sudah pasti saya tidak mampu untuk memilikinya.

“Harga yang ditawarkan untuk rumah PPR adalah amat rendah iaitu sekitar RM35,000 seunit. Ia sudah pasti mampu dibayar oleh golongan kurang berkemampuan seperti saya,” katanya.

Seorang suri rumah, Suriana Mohd. Adnan, 54, dari Kampung Kweng Hitam berkata, tiada apa yang diharapkan selain memiliki rumah sendiri menerusi PPR.

“PPR ini sangat membantu rakyat memiliki rumah sendiri kera­na kami tidak mampu membina rumah dengan kos amat tinggi.

“Saya berharap agar kerajaan dapat menyediakan lebih ba­nyak lagi PPR dan saya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memohon rumah berkenaan,” katanya.