Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa (PIBG) sekolah itu, Mohamed Rusli Awang Mat berkata, pihaknya telah membincangkan berhubung kemasukan pelajar yang tinggal bersama keluarga di reban ayam organik yang diubah suai itu ke SMS Machang dalam mesyuarat jawatankuasanya baru-baru ini.


Beliau berkata, ibu bapa rermaja yang menghadapi kekangan kewangan tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan memastikan kebajikan anak mereka terjamin. 


“Kelmarin keluarga berkenaan telah diziarahi beberapa exco Alumni SMS Machang yang bukan sahaja menyalurkan sumbangan kewangan malah bersedia menjadikan pelajar cemerlang itu sebagai anak angkat.


“Rombongan Jawatankuasa PIBG sekolah ini turut melunaskan tanggungjawab sosial menemui dan membantu ibu bapa pelajar terbabit lewat petang semalam termasuk memberi semangat dan perangsang demi kejayaan anak sulungnya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 


Mohamed Rusli berkata, kejayaan remaja itu dan keadaan kemiskinan keluarganya perlu diberi bantuan sebagai aset yang boleh merubah suasana kehidupan mereka.


“Saya yakin pengurusan sekolah berkenaan akan membantu dari aspek biasiswa dan pengecualian yuran termasuk yuran koperasi,” katanya. - UTUSAN ONLINE