Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Hallim Hamad berkata, tabung itu telah wujud sejak tahun 2015 secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai struktur yang khusus.

Beliau berkata, pihaknya perlu menyusun dan menguruskan tabung tersebut secara sistematik selepas mendapat sumbangan daripada banyak pihak.

“Sebelum ini, tabung ini diwujudkan secara ad hoc tanpa jawatan khusus namun memandangkan sumbangan yang diterima amat memberangsangkan maka kita harus memastikan supaya wang yang diterima diuruskan dengan sebaik mungkin,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Tabung KebajikanPPKM negeri ini di JKR 10 di sini hari ini.

Tabung tersebut dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Zuraidin Abdullah dan yang turut hadir Naib Yang Dipertua PPKM negeri, Datuk Ismail Md.Noor.

Serentak majlis itu, PPKM Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM4,350 kepada 45 orang ahli yang berkelayakan untuk menerimanya seperti kematian; rawatan serta sumbangan untuk anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Menurut Abdul Hallim, setakat ini terdapat 3,000 ahli yang berdaftar dengan persatuan itu di negeri ini.

“Untuk memastikan tabung ini tidak kekirangan dana, setiap ahli perlu menyumbang sebanyak RM5 sebulan di samping sumbangan daripada pihak lain bagi menambah dana,” katanya. - UTUSAN ONLINE