Presidennya, Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamed berkata, peralatan yang ditempatkan di Wad Rehabilitasi HRPZII itu adalah untuk keperluan kakitangan dan pesakit yang menjalani rawatan di situ.

“Ini adalah program pertama POKB dengan Wad Rehabilitasi kerana sebelum ini kita lebih tertumpu kepada pesakit kanser.

“Walau bagaimanapun, kita akan meneruskan program sebegini di masa akan datang bagi membantu pesakit di Wad Rehabilitasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Plak Kaseh OKB Wan Mohd. Asyiq Mat Yamin ‘Anugerah Presiden Wira OKB 2014’ di sini hari ini.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad yang juga Anggota Majlis Pemikir dan Pemandu POKB.

Pada majlis itu, Sheikh Ahmad Dasuki turut menyampaikan Anugerah Presiden Wira OKB 2014 kepada Wan Mohd. Asyid di atas jasanya yang banyak memberi sumbangan tenaga dalam operasi bantuan banjir pada 2014 lalu. - UTUSAN ONLINE