Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk melaksanakan projek Sistem Retikulasi Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di beberapa kawasan terpilih.

Beliau berkata, projek itu men­dapat kerjasama syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang bertindak sebagai peneraju.

“Peruntukan untuk projek BALB tahun ini adalah seba­nyak RM40 juta dan jumlah itu lebih tinggi berbanding RM13 juta pada tahun lalu. Peruntukan berke­naan akan dilaksanakan di kawasan lebih memerlukan.

“Kita akan berbincang de­ngan AKSB bagi melihat di mana kawa­san yang lebih utama selain me­lihat keperluan lain terutamanya paip lama yang perlu ditukar baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan Projek BALB Sistem Retikulasi Bekalan Air Nege­ri Kelantan di Kampung Pangkal Jetas, Labok di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian tersebut, Datuk Dr. Ahmad Jailani Mohamed Yunus dan Pengurus Besar AKSB, Ir. Wan Zamri Wan Ismail.

Ahmad Jazlan berkata, projek BALB ini adalah usaha Ke­rajaan Pusat untuk membantu me­mulihkan masalah air di nege­ri ini.

“Melalui projek BALB ini, rakyat bukan sahaja mendapat kemudahan air bersih malah dapat menjimatkan kos sehingga RM5,000 bagi setiap rumah.

“Dengan BALB, setiap rumah hanya perlu membayar RM75 untuk deposit meter,” katanya.