HASANUDDIN HASAN
HASANUDDIN HASAN 

Ketua Polis negeri, Datuk Ha­sanuddin Hasan berkata, sek­syen berkenaan memperuntukkan hu­kuman penjara mandatori se­lama lima tahun dan tiga kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, tindakan itu bertujuan memberikan pengajaran kepada penagih supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa hadapan.

“Peraturan ini sudah lama wujud, kita guna pendekatan ini kerana ia telah menunjukkan keberkesanannya dalam mengu­rangkan penyalahgunaan dadah di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meras­mikan Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Kelantan di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah.

Dalam kejohanan itu pasukan daripada Ibu pejabat Polis Da­erah (IPD) Kuala Krai dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Hasanuddin turut menyeru kepada para penagih supaya meninggalkan terus penyalahgunaan dadah dan berubah ke arah yang lebih baik.

Katanya, dadah tidak membawa sebarang keuntungan sebaliknya mengundang kemudaratan yang lebih buruk bukan sahaja pada diri malah keluarga dan masyarakat.

“Polis Kelantan akan terus ber­usaha melalui pasukan nar­kotik memperhebatkan lagi ope­rasi dalam mengurangkan ma­salah ini. Setiap pagi saya me­lakukan pemantauan ber­kai­tan isu dadah ini.

“Kami akan bermati-matian membanteras dadah bagi memastikan masalah penagihan dapat dikurangkan,” ujarnya.

Hasanuddin turut memuji ko­mitmen masyarakat dalam me­nyalurkan maklumat berkait dengan dadah.