Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pak Wan catat rekod baharu

Pak Wan disenarai dalam MBOR
WAN Hashim Wan Mahmood (tengah lima kanan) bersama ahli keluarga semasa menyambut ketibaannya menyelesaikan kayuhan 3,000km di Hotel Grand Riverview hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 19 Mei - Pengayuh warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 72, yang pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Record (MBOR) sebagai pengayuh basikal tertua menamatkan kayuhan secara solo sejauh 2,200 km, mencatat rekod baharu hari ini.

Kali ini, beliau berjaya menamatkan kayuhan sejauh 3,000 km mengelilingi Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand sambil ditemani wakil media iaitu jurugambar sambilan Bernama, Shahuri Awang, 31.

Pengiktirafan MBOR iaitu ‘Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia’ tersebut disampaikan wakil MBOR, Nurasyikin Ramli dalam satu majlis menyambut ketibaan mereka berdua di Hotel Grand Riverview (GRV), di sini hari ini.

Turut menyambut ketibaan mereka adalah Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin; Pengurus Besar Hotel GRV, Vincent Chua serta Presiden Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi), Zailani Abd. Rahman.

Wan Hashim yang mesra disapa Pak Wan dalam pada itu mengakui misinya kali ini mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat tempatan yang ditemuinya sepanjang perjalanan.

“Di mana sahaja kami singgah, penduduk tempatan memberi sokongan dan kata-kata semangat. Mereka melayan kami dengan baik sekali gus menguatkan semangat untuk kami menamatkan ekspedisi selama 43 hari ini,” katanya.

Selain mengelilingi Semenanjung Malaysia, Wan Hashim pernah menamatkan misi jelajah lima negara Asia Tenggara secara solo selama 49 hari iaitu jauh lebih awal daripada jangkaan asal tiga bulan.

Beliau melakukan kayuhan sejauh 5,319 kilometer menjelajah Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura, Riau Indonesia, dan Semenanjung Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain