Mangsa, Rudy Alpian Zahari, 37, dikatakan dijumpai dengan kesan darah pada leher sebelah kiri dan kanan serta di bawah kepala mangsa.

Namun difahamkan sebelum kejadian berlaku, mangsa dipercayai mengambil pil pelangsing sebanyak tujuh botol dan hanya makan nasi seminggu sekali sejak beberapa minggu lalu.

Mangsa juga dikatakan sering mengadu penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk itu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdullah Roning berkata, siasatan awal polis mendapati bilik tersebut berada dalam keadan kemas tanpa sebarang kesan geledah serta beg tangan dan telefon bimbit berada pada mangsa.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya belum mengklasifikasikan kes ini sama ada jenayah atau pun berpunca daripada amalan diet mangsa sehingga bedah siasat serta siasatan selesai. - UTUSAN ONLINE