Mangsa, Asaska Isma, 13, yang turut mengalami cirit birit dan kerap muntah sejak empat hari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Pangkalan Udara JBPM Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farhan Marzuki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

ASASKA ISMA menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk ke Hospital Gu

ASASKA ISMA menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk ke Hospital Gua Musang,Kelantan, bagi menerima rawatan, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Beliau berkata, pihaknya berlepas dari Pangkalan Udara JBPM Subang pada pukul 1 petang.

“Kami tiba di Kampung Pahong pada pukul 2.05 petang menggunakan pesawat MI-17-IV dan telah mendarat di perkarangan padang Pusat Sivik Gua Musang sekitar 2.50 petang. Pesakit yang lemah dan tidak boleh berjalan itu diangkat menggunakan pengusung.

“Kemudiannya pesakit bersama pengiring iaitu bapanya Isma Along, 36, telah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan kecemasan bomba,” Katanya di sini hari ini.

ASASKA ISMA menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk ke Hospital Gu

ASASKA ISMA menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk ke Hospital Gua Musang,Kelantan, bagi menerima rawatan, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Menurut Mohd. Farhan, keluarga mangsa tidak dapat membawa keluar mangsa kerana jalan balak yang menghubungkan ke bandar Gua Musang mengalami kerosakan sejak lebih sebulan lalu akibat hujan lebat. - UTUSAN ONLINE