Ia membabitkan Kampung Layer, Regret, Palog, Sentok, Hendrop A, Hendrop B, Hendrop C, Plug, Cedar dan Tembare.

Imam Masjid Pos Hendrop, Arif Rami, 49, berkata ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan jemaah tidak selesa untuk solat berjemaah dan mendengar ceramah di masjid kerana panas dan gelap pada waktu malam.

Set generator yang dibekalkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di masjid itu pula kerap rosak dan memerlukan masa serta kos yang tinggi untuk dibaiki, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pos Hendrop, yang dibuka kira-kira 40 tahun lepas, terletak tidak jauh dari Pos Brooke yang mempunyai pelbagai kemudahan prasarana.

Seorang penduduk Orang Asli, Kudin Alang, 33, berkata walaupun masyarakat itu sudah terbiasa hidup tanpa bekalan elektrik sejak kecil, namun pembaharuan perlu dilakukan agar masyarakat di kawasan tersebut dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

"Kita harap kerajaan memberi perhatian terhadap perkara ini," katanya. - BERNAMA