Presiden MTRK, Azmi Ali berkata, selain melakukan agihan sumbangan, aktiviti itu dimanfaatkan untuk pihaknya beramah mesra orang ramai yang lalu-lalang dengan majoritinya adalah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan dan Parlimen Tumpat.

Katanya, sudah menjadi kelaziman pihak MTRK dan Kemudi untuk bekerjasama dalam program kemasyarakatan seumpama itu.

“Buah kurma ini disumbangkan oleh seorang dermawan dari negara Arab manakala ahli jawatankuasa MTRK dan Kemudi bertanggungjawab mengagihkannya kepada orang ramai.

“Rata-rata penduduk menyambut baik usaha kita kerana mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat,” katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Kemudi, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi.

Azmi dalam pada itu berkata, MTRK akan mengadakan majlis berbuka puasa dengan anggota bomba dan penyelamat bagi menghargai jasa mereka pada Khamis ini bertempat di Tunjong, Kota Bharu. - UTUSAN ONLINE