Ketua Perkhidmatan Korporatnya, Abdul Malek Abdul Hafiz berkata, sumbangan itu merupakan wang zakat untuk memastikan keselesaan pelajar serta pembangunan pendidikan agama terus diberikan keutamaan.

Beliau berkata, pembinaan ba­n­gunan asrama serta dewan itu sudah dimulakan sejak Julai tahun lalu dan dijangka siap November tahun ini.

“Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami untuk membantu mereka yang memerlukan dan saya berharap usaha murni untuk pembangunan bidang pendidikan ini turut mendapat perhatian semua pihak.

“Tujuan kita adalah untuk memberi kemudahan yang selesa untuk para pelajar belajar seperti di sekolah lain. Selain Kelantan, kita juga pernah membantu di beberapa negeri lain seperti Perlis dan Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pembe­rita selepas majlis perasmian dan penyerahan bangunan asrama SMA At-Taqwa di Felda Chiku 2, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Nik Ab. Rahman Nik Yusoff.

Sementara itu, Nik Ab. Rahman berkata, sebanyak RM120 juta setahun diperlukan untuk kos operasi bagi 90 buah sekolah agama di negeri ini.

Katanya, setiap bulan sebanyak RM10 juta diperlukan bagi membiayai kos seperti pembayaran gaji guru, makanan serta kemudahan fizikal sekolah.

“Kami bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada MIDF di atas sumbangan yang bermakna ini.

“Bantuan daripada agensi luar dapat membantu kami yang sememangnya menghadapi kekang­an kewangan,” katanya.