Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahu jadi tenaga mahir

Ramai remaja berebut masuk GiatMara Kubang Kerian

KOTA BHARU 8 Mac - Institusi yang mengkhususkan bidang kemahiran kini menjadi rebutan pelbagai lapisan masyarakat kerana menjamin masa hadapan yang cerah.

Salah satu daripadanya ialah GiatMara Kubang Kerian di sini yang juga merupakan cawangan tunggal GiatMara negeri ini yang menawarkan kursus solekan dan terapi kecantikan mampu menarik ratusan permohonan setiap kali kemasukan baru dibuka pada Januari dan Julai.

EMILIA HASMAY
EMILIA HASMAY

Menurut Pengurusnya, Emi­lia Hasmay Hussain, pihaknya akan menemuduga pelajar yang memohon namun hanya mempunyai tempat untuk 15 pelajar bagi setiap kursus yang ditawarkan di GiatMara Kubang Kerian.

“Selain kursus solekan dan terapi kecantikan, kami juga menawarkan kursus bakeri dan konfeksionari serta kursus fesyen dan pembuatan pakaian.

“Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kelayakan dari umur 15 tahun sehingga warga emas.

“Kriteria pelajar paling utama yang kami pilih adalah minat tinggi kepada bidang kemahiran biarpun hanya mempunyai asas membaca, menulis dan mengira,” katanya ketika ditemui di tapak Karnival Pendidikan Mara 2017, di sini baru-baru ini.

Emilia berkata, pelajar akan mengikuti pengajian sepenuh masa secara percuma selama enam bulan selain mendapat alatan pembelajaran serta elaun RM200 sebulan.

SYAZWANI
SYAZWANI

“Setelah lulus, pelajar layak mendapat Sijil Profesional GiatMara dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

“Pelajar yang cemerlang akan diberi geran pembiayaan sehingga RM8,000 untuk membantu mereka menjana pendapatan melalui perniagaan,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar, Syazwani Mohd. Razali, 21, berkata, dia baharu sahaja mengikuti kursus selama dua bulan tetapi kemahiran dipelajari sudah memberanikannya mengambil upah menyolek pengantin.

“Saya menunggang motosikal seawal pukul 6.45 pagi setiap hari dari rumah di Pasir Mas untuk mengikuti kelas di Kubang Kerian. Saya memohon masuk GiatMara atas dorongan suami, Mohd. Arizan Ramli, 25, yang bekerja sebagai buruh untuk membantunya meningkatkan ekonomi keluarga,” katanya.

SITI FATIHAH
SITI FATIHAH

Seorang lagi pelajar, Siti Fatihah Abdullah, 25, yang juga ibu tunggal beranak satu, pula berkata, dia mengikuti kursus itu untuk meningkatkan kemahirannya sebagai seorang promoter sebuah jenama solekan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain