Pengerusinya, Datuk Sazmi Miah berkata, kolej berkenaan dapat memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di kawasan Kelantan Selatan untuk mendapat latihan dan kemahiran.

Katanya, prasarana serta kemudahan untuk kolej sudah ada iaitu di bekas kawasan Kolej Poly-Tech Mara-Kesedar yang terletak di Jalan Persiaran Raya.

“Kita memikirkan untuk mewujudkan sebuah pusat latihan yang berkaitan dengan sektor perladangan, perniagaan dan pemasaran dalam talian (online).

“Kita masih lagi lihat kesesuaian tempat itu untuk dijadikan kolej komuniti, Politeknik ataupun institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional ( TVET),” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan program Poly-Cc Bakti [email protected] di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Nor Mazlan Ismail dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Kesedar, Wan Muhd. Rahimi Wan Salleh.

Tambah Sazmi, banyak peluang kepada penduduk khususnya ibu bapa dan pelajar dapat mengikuti kursus disediakan supaya mereka berpeluang menjana pendapatan dalam bidang perniagaan. - UTUSAN ONLINE