Kejohanan itu mendapat kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) negeri dan bertujuan mengeratkan hubungan baik Kuwak dengan agensi-agensi kerajaan di negeri ini.

Pengerusi Kuwak, Nor Ariati Salleh berkata, kejohanan itu berjaya mengumpul seramai 60 peserta terdiri daripada ahli Kuwak serta wakil pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, antara agensi terlibat ialah Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Ini kali pertama Kuwak menganjurkan perlawanan boling melibatkan penyertaan agensi lain. Tujuan utama kita adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara kelab dengan agensi kerajaan.

“Kejohanan kali ini berjaya mengumpul 12 pasukan terdiri daripada 60 peserta yang mewakili pelbagai agensi kerajaan. Tahun depan kita bercadang untuk menganjurkan program yang lebih besar melibatkan 30 pasukan,” katanya.

Yang turut hadir, Pengarah JPW negeri, Azlina Mohd Embran.

Azlina berkata, aktiviti tahunan itu diadakan sempena meraikan sambutan Hari Wanita 2019 dan sebagai satu pendekatan supaya wanita sentiasa aktif dan sihat.

“Selain merapatkan hubungan sesama agensi, para peserta juga boleh meredakan tekanan mereka dengan melakukan aktiviti ini yang berlangsung selama hampir tiga jam, “ ujarnya. - UTUSAN ONLINE