Fauziah Musa, 73, meninggal dunia selepas dua minggu tidak sedarkan diri dan dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat serangan strok.

Sementara itu, Annuar berkata, jenazah arwah akan disembahyangkan di Masjid Tok Guru Haji Musa, Bukit Marak pada pukul 11 pagi ini.

“Dengan sedih dimaklumkan kakak sulung saya, Fauziah Musa baru saja kembali ke rahmatullah di HUSM.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham,” katanya melalui satu mesej WhatsApp di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE