Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superin­tenden Abdullah Daud berkata, jumlah saman yang dikeluarkan itu meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sekali ganda dalam tempoh sama tahun lepas iaitu hanya 408 saman dikeluarkan.

“Hanya satu kematian melibatkan kemalangan di laluan Gua Musang dalam Op Selamat kali ini. Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan kerap berlaku kemalangan di Gua Musang kerana daerah ini menjadi lokasi panas kemalangan di negeri ini,” katanya ketika ditemui dalam Program Coffee Break di Bandar Baru, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Abdullah berkata, sebanyak 2,000 cawan kopi percuma diagih­kan kepada pengguna yang me­lalui jalan Gua Musang ke Kuala Lumpur di sebuah stesen minyak di Bandar Baru di sini malam tadi.

“Program Coffee Break ini me­rupakan program advokasi sempena Op Selamat 14 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang yang turut mendapat penglibatan agensi keselamatan lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Pemberian kopi percuma yang dibancuh skuad Aman Wani­ta (Amanita) ini bertujuan untuk memberi tenaga kepada pengguna supaya memandu pulang ke ibu kota secara berhati-hati,” katanya.