Program yang digerakkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri bersama agensi kerajaan dan swasta itu mendapat sambutan hangat apabila orang ramai tiba seawal pukul 8 pagi.

Perasmian program disempurnakan oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Dun Tanjong Mas, Madihah Ab. Aziz.

Yang turut hadir, Pengarah PPDNKK negeri, Datuk Ab Ghani Harun.

Sementara itu, Madihah berkata, program ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam merasai denyut nadi rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kita berusaha menjayakan program ini bagi membantu ringan beban rakyat ,saya harap rakyat tidak salah tafsir dengan program ini memandangkan banyak dakwaan negatif yang timbul.

“Melalui program ini, jelas rakyat dapat menikmati jualan pada harga lebih murah berbanding harga pasaran dan ia amat membantu penduduk di kawasan ini, “ katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE