Pengarahnya, Muhammad Zahari Othman berkata, jumlah tersebut merupakan pelajar yang tidak mempunyai sebarang rekod menyambung pengajian dengan mana-mana institusi pendidikan.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan penghijrahan keluarga keluar dari negeri ini menjadi punca kepada kegagalan mengesan pelajar berkenaan.

“Bagaimanapun, JPN Kelantan sentiasa komited mengesan pelajar-pelajar ini dan menjadikan perkara tersebut sebagai agenda utama di setiap sekolah di seluruh negeri.

“Untuk itu, Jawatankuasa Program Sifar Murid Cicir telah diaktifkan bagi menggerakan agenda ini bagi mencapai matlamat kita untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Sifar Murid Cicir Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Muhammad Zahari turut menyerahkan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang tercicir sebelum ini bagi memberikan mereka semangat untuk kembali ke sekolah.

Muhammad Zahari memberitahu, seramai 9,526 pelajar telah dilaporkan tercicir sepanjang tahun ini.

Katanya, bagimanapun, seramai 6,316 daripada jumlah tersebut telah berjaya dikesan.

“Kebanyakkan mereka masih lagi meneruskan pengajian di pusat-pusat tahfiz, sekolah swasta, Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak berdaftar dengan pihak kementerian,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE