Pegawai JKM daerah, Hizani Ibrahim berkata, pihaknya memandang serius kes terbabit sehingga menyebabkan Noor Atina Shakira Sabaruddin, 15, yang tinggal di Kampung Lembaga, disini tercicir mengikuti kelas pendidikan khas serta menerima bantuan bulanan.

Katanya, pada pagi ini pegawai JKM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengunjungi rumah gadis itu untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

“Kita menyifatkan kejadian itu sebagai kes terpencil berlaku di daerah ini dan bersimpati dengan Noor Atina yang terpaksa tinggal bersama neneknya.

“Walaupun Noor Atina sudah berumur 15 tahun, namun masih ada peluang untuknya mengikuti pelbagai kemahiran di kelas pendididikan khas. Kita akan mengambil semua maklumat berhubung perkara berkenaan sebelum merujuk kepada JPN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Utusan Malaysia hari ini melaporkan Noor Atina Shakira Sabaruddin ‘dibuang’ ibunya di atas tangga rumah neneknya, Siti Mariam Awang, 63, ketika berumur empat bulan bersama kad rawatan klinik.


Ibu saudara Noor Atina, Wan Norhayati Wan Ali, 34, berkata, ketiadaan dokumen pengenalan diri sejak dilahirkan menyebabkan anak saudaranya itu sering dipandang serong termasuklah tidak dapat bersekolah serta menerima bantuan sewajarnya.


Tambah Hizanu, pihaknya berharap agar ibu kepada Noor Atina tampil berjumpa pihak berkuasa bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi anak kandungnya itu. - UTUSAN ONLINE