Allahyarham Fauziah Musa, 73, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini kira-kira pukul 10 malam tadi akibat serangan strok

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Tok Guru Haji Musa, Bukit Marak pada pukul 11.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur suaminya yang meninggal dunia pada tahun 1996.

Lebih 500 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara serta penduduk setempat menghadiri pengebumian.

Sementara itu, Annuar berkata, kakaknya sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut setelah dua minggu tidak sedarkan diri.

“Sebelum ini, allahyarham dalam keadaan sihat dan beliau sempat mengikuti beberapa program bersama saya termasuk turut serta dalam simulasi mengundi sebelum ini.

“Kehilangannya cukup dirasai kerana

allahyarham seorang kakak yang baik. Malah beliau yang menjaga saya dan adik-beradik yang lain setelah bapa kami meninggal dunia,” katanya.

Tambah Annuar, pihaknya berterima kasih kepada semua yang datang menziarahi serta bersama-sama melaksanakan solat jenazah dan menyempurnakan pengebumian allahyarham. - UTUSAN ONLINE