Peresiden IMPAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, pihaknya menyampaikan bantuan peralatan pesekolahan kepada pelajar terbabit bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa mereka.

Belia berkata, sumbangan tersebut adalah hasil derma dan zakat harta yang disampaikan pelbagai pihak untuk membantu golongan asnaf itu.

"Kita merasai beban kos sara hidup yang semakin meningkat, apatah lagi golongan berpendapatan rendah dan miskin yang kian dihimpit.

"Sumbangan ini sedikit sebanyak akan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa," katanya di sini hari ini.

Wan Khairul Ihsan berkata, pihaknya berharap lebih ramai lagi yang tampil membantu golongan yang memerlukan terutama di kawasan luar bandar yang kini terjejas disebabkan pelbagai faktor.

"Golongan penoreh getah dan peneroka ladang sawit terjejas disebabkan harga komiditi yang terus menjunam, nelayan pula tidak boleh turun ke laut kerana faktor cuaca musim tengkujuh dan baru-baru ini tempias ribut tropika Pabuk.

"Dalam masa sama, kerajaan juga harus memainkan peranan dan mencari jalan serta kaedah untuk membantu golongan ini. Paling penting ialah memastikan barang keperluan asas tidak terus naik," katanya - UTUSAN ONLINE