Che Yusnaini Yusof, 34 yang juga guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas berkata, beliau mengambil inisiatif untuk berniaga memandangkan pendapatan yang sedia ada tidak mencukupi. 


"Dengan pendapatan bulanan hanya RM800 sebulan ia seolah tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan anak-anak memandangkan hanya saya menjadi tulang belakang keluarga sejak berpisah dengan bekas suami," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Kelengkapan Persekolahan oleh sebuah stesen minyak di sini hari ini. 


Hadir sama, pemilik stesen minyak berkenaan, Ahmad Shahabuddin Abdullah. 


Yusaini berkata, sedikit sebanyak dengan hasil jualan kuih akok, krim puff, nona manis serta kek yang diperolehi dapat memberi pulangan kira-kira dua hingga tiga ratus sehari bergantung jika ada tempahan.


"Perbelanjaan keluarga makin meningkat sejak saya terpaksa membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM500 setiap bulan yang dibeli oleh bekas suami pada tahun lepas," katanya. 


Sementara itu, Shahabuddin berkata , seramai 24 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Seberang Pasir Mas menerima sumbangan kelengkapan persekolahan bagi sesi akademik 2019. 


"Dengan peruntukan sebanyak RM4,000 setiap murid mendapat dua pasang seragam sekolah , sepasang kasut dan stokin serta peralatan tulis," katanya ketika hadir menyampaikan sumbangan disini hari ini. 


"Sumbangan kelengkapan persekolahan ini diharap sedikit sebanyak dapat mengurangan kos dan perbelanjaan ditanggung kepada ibu bapa yang terpilih untuk menerima sumbangan ini," katanya.- BERNAMA