Ramzi Ab. Rahman

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab. Rahman berkata, mengikut perancangan, Hospital Kuala Krai mula beroperasi awal tahun depan.

Beliau berkata, hos­pital tersebut me­rupakan antara projek terbesar di negeri ini dan bakal menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat.

“Hospital baharu seluas 100 hektar ini bakal memberi ke­selesaan kepada pesakit dan orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan perubatan.

“Hospital ini juga menawarkan peluang pekerjaan kepada golo­ngan muda apabila bero­perasi nanti,” katanya dalam Majlis Aidilfitri Parlimen Kuala Krai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pe­ngarah Pendidikan ne­geri, Jaafar Ismail dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Fa­zam Mat Lazim.

Kira-kira 6,000 tetamu hadir dalam majlis anjuran UMNO Bahagian Kuala Krai itu.

Mengulas lanjut, Ramzi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai berkata, selepas Hospital Kuala Krai siap, penduduk di jajahan ini, Jeli dan Gua Musang tidak perlu lagi berulang alik ke Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan.