Pada pertandingan itu, Hijau menewaskan 59 ekor ayam-ayam lain untuk muncul juara bagi edisi sulung itu.

Abdullah Ali berkata, lebih mengejutkan ayamnya itu berjaya meraih kejayaan pada penampilan sulung di pentas pertandingan.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka Hijau mampu beraksi dengan tenang untuk merangkul kejuaraan.

“Saya terkejut Hijau boleh menang kerana ini kali pertama dia masuk bertanding.

“Namun rezeki berpihak kepada kami dan saya gembira dengan kejayaan ini,” katanya di sini hari ini.

Abdullah Ali memberitahu, dia menyertai pertandingan itu secara suka-suka selain membiasakan ayam untuk ‘selesa’ ketika masuk gelanggang.

Katanya, ayam tersebut dibelinya dengan harga RM250.

“Saya ada sekor lagi ayam yang dinamakan ‘Kuning’, namun hari ini dia gagal menyerlah,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE