Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, akibat cuaca hujan lebih sebulan lalu menyebabkan lebih 10 kawasan telah dilaporkan berlaku runtuhan bukit dan cerun yang serius.

Katanya, kerja-kerja pembersihan dan penyelengaraan masih giat dilakukan pihak terlibat.

“Runtuhan terbaharu berlaku sekitar pukul 7 pagi tadi di kawasan Perumahan Banjir Batu Papan 2 selepas berlaku hujan lebat.

“Selain itu, kita juga mahu penduduk menjaga keselamatan diri kerana beberapa kawasan penempatan Orang Asli di kawasan Lojing sering berlaku hakisan bukit ketika cuaca hujan.

“Papan tanda dan kon-kon telah dipasang di kawasan berhampiran tanah runtuh selain anggota polis yang bertindak membuat pemantauan di kawasan terlibat, “ katanya di sini hari ini - UTUSAN ONLINE