Rokiah berkata, rumah yang didiaminya sejak berpuluh tahun di Kampung Wakaf Aik, Bachok itu terlalu uzur disebabkan dia tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membaikinya.

Menurutnya, dia tinggal bersama dua orang cucu dan seorang anak sejak dulu lagi.

“Saya amat bersyukur kerana Jabatan Penerangan Malaysia sudi membaiki rumah ini yang telah bocor atap dan lantai reput supaya saya dan keluarga hidup lebih selesa.

“Sudah lima tahun saya tidak boleh bekerja kerana sangat uzur akibat mengidap darah tinggi dan hanya berharap kepada pendapatan dua orang anak perempuan yang tidak seberapa,” katanya.

Rokiah ditemui di rumahnya selepas program Projek Baik Pulih Rumah Daif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Menghubung Menyatu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), di sini hari ini.

Yang turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Samsuni Mohd Nor.-UTUSAN ONLINE