Beliau menggantikan Deputi Superintenden Abdullah Daud yang bersara wajib pada 2 Julai lalu.

Majlis serah tugas jawatan itu dilakukan Ketua Bahagian Pengurusan IPD Gua Musang, Asisten Supritenden Siti Nazurah Ismail yang memangku tugas tersebut kepada Choon Foon dengan disaksikan Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin.

Choon Foon berkata, beliau mula bertugas dalam pasukan tersebut pada 1993 pada usia 26 tahun.

“Saya gembira dan akan berusaha memajukan IPD Gua Musang yang menjadi tempat baharu untuk menjalankan tugas diamanahkan," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Taufik berkata, timbalan baharunya itu berpengalaman luas dalam bidang kepolisan khususnya pentadbiran, jenayah dan logistik.

“Beliau merupakan anak jati Tanah Merah dan pernah bertugas di IPD Machang dan Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan (IPK) sebelum melanjutkan pengajian.

“Selepas tamat pengajian, beliau ditempatkan di IPD Gua Musang secara rasmi bermula hari ini," katanya. - UTUSAN ONLINE