Munzirah, 20, pelajar semester akhir jurusan Diploma Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar meninggal dunia apabila bas ekspres dua tingkat dinaikinya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Batu Gajah, Perak, awal September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Wan Mohd. Faiz Wan Hamat berkata, pihaknya sentiasa meletakkan keutamaan dan kebajikan penumpang dalam mengendalikan operasi harian syarikat bas tersebut.

“Selepas kejadian itu, kita menubuhkan Pasukan Cakna Prihatin yang bertujuan membantu mangsa kemalangan serta memantau tahap perkembangan penumpang yang terpaksa menjalani pembedahan akibat insiden itu.

“Ayah arwah juga memaklumkan wang sumbangan yang diterima ini akan digunakan untuk bekalan akhirat dengan mendirikan masjid di daerah ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Mohd. Faiz berkata, pihak syarikat juga turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM8,000 masing-masing kepada dua penumpang bas sama iaitu Muhammad Riezman Hakim Kamaludin dan Mohammad Syamim Zikrie.

Katanya, Muhammad Riezman Hakim mengalami kecederaan di muka manakala Mohammad Syamim patah tangan kanan.

“Ini adalah sumbangan bagi rawatan susulan yang perlu dijalani kedua-dua mangsa kemalangan tersebut kerana pihak UiTM sendiri sudah menanggung kos rawatan pembedahan mereka,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE