Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ECRL: Tok Bali bakal berwajah baharu

Kahadi HasaN (dua dari kanan) dan Mohd. Anis Hussein (dua dari
Kahadi Hasan (dua dari kanan) dan Mohd. Anis Hussein (dua dari kiri) menunjukkan dokumen projek padang awam dan astaka yang diserahkan kepada MDPP di Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.

PASIR PUTEH 21 Ogos - Persekitaran Pelabuhan Perikanan Tok Bali bakal mengalami perubahan yang pesat apabila projek pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) siap nanti.

Timbalan Pengarah (Bahagian Teknikal), Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Kahadi Hassan berkata, secara tidak langsung kawasan tersebut akan dibangunkan dengan pelbagai industri hiliran setempat bagi menjadi pelengkap kepada ECRL.

Beliau berkata, Tok Bali menjadi satu-satunya stesen projek tersebut yang mempunyai muatan kargo selain perkhidmatan penumpang.

“Empat stesen lain di negeri ini iaitu Jelawat, di Bachok; Tunjung di Kota Bharu; Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor di Tumpat ha­nya membabitkan pengangkutan penumpang sahaja.

“Pembinaan landasan sejauh 70 kilometer ini akan dibangunkan menerusi dua fasa pelaksa­naan iaitu fasa pertama membabitkan Tok Bali, Jelawat, Tunjung dan Wakaf Bharu yang akan bermula pada Januari 2018.

“Kelantan adalah negeri ter­awal menyelesaikan pengambilan semula tanah untuk ECRL di negara ini hasil kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan nege­ri,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan Padang Awam dan Astaka kepada Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) di sini, semalam.

Yang turut hadir Yang Dipertua MDPP, Mohd. Anis Hussein; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamed; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Datuk Zawawi Othman dan Ketua Ahli MDPP, Saipul Bahrin Mohamed.

Sementara itu, menurut Kadari, padang awam dan astaka bernilai kira-kira RM1 juta telah siap sepenuhnya manakala satu lagi projek, iaitu dewan terbuka bernilai lebih RM750,000 akan dibina dalam waktu terdekat.

“Pada tahun lepas, JPP membelanjakan RM4.2 juta untuk 11 projek pembangunan di Pasir Puteh manakala untuk tahun ini hanya membabitkan lapan projek tetapi kosnya lebih tinggi iaitu RM7 juta.

“Projek pembinaan pasar Seli­sing bagi menggantikan pasar yang musnah dalam kebakaran merupakan projek terbesar di daerah ini iaitu membabitkan peruntukan RM5 juta,” katanya.

Tambahnya, pasar Selising yang sudah dibuka tender itu dijangka siap dalam tempoh setahun sete­ngah dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk setempat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain