Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail berkata, perkara itu akan dibangunkan menerusi Zon Industri Akuakultur (ZIA).

Beliau berkata, pemilihan kawasan itu dilakukan selepas kerajaan Pas Kelantan melihat Tasik Danau Tok Uban mempunyai pontesi besar untuk dibangunkan dengan industri ternakan ikan air tawar disebabkan kawasan tersebut yang cukup luas.

Menurutnya, industri penternakan ikan air tawar itu juga dilihat mampu meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan peternak sendiri.

"Buat masa ini kerajaan negeri sudah mengemukakan cadangan bagi menilai dan mengkaji membangunkan industri penternakan ikan air tawar di tasik ini namun bergantung kepada kemampuan kita.

"Antara ikan yang dilihat sesuai diternak di kawasan ini ialah lampan, talapia, kelah dan patin," katanya kepada pemberita selepas menghadari Majlis Penyerahan Sangkar Ikan Kepada Peserta Di Zon Industri Akuakultur Tasik Danau Tok Uban di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Nazri Ishak.

Tuan Mohd. Sarippudin memberitahu, buat masa ini seramai 35 peserta yang telah mengusahakan penternakan ikan air tawar dengan melibatkan 140 sangkar.

"Jumlah peserta dijangka bertambah dari semasa ke semasa dan hari ini kita telah memperuntukan RM150,000 bagi membantu peserta-peserta ini," katanya - UTUSAN ONLINE