Mohd Zulkarnain Zahari, 29, dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu dan Siti Zahanis Zakaria, 21, Kampung Repek, Pasir Mas disatukan dalam majlis pernikahan di Masjid Mukim Repek, di sini semalam.

Mohd Zulkarnain dengan bantuan jurubahasa isyarat berkata, dia mula berkenalan dengan isterinya itu menerusi Facebook awal Oktober lalu.

“Saya sama sekali tidak menyangka perkenalan itu telah membibitkan rasa cinta antara kami.

“Selepas itu saya membuat keputusan yang paling besar dalam hidupnya iaitu menamatkan zaman bujang dengan Siti Zahanis,” katanya.

Pasangan OKU itu dinikahkan oleh Imam Tua Masjid Mukim Repek Othman Ahmad.

Dengan sekali lafaz menggunakan bahasa isyrat Mohd Zulkarnain sah menjadi suami kepada Siti Zahanis. -UTUSAN ONLINE