Bunga ‘charax’ merupakan sa­lah satu tanaman penting bagi masyarakat tersebut untuk me­rawat penyakit dan memulihkan semangat.

Seorang penduduk Orang Asli Kampung Kaloi, Pos Pasik, Along Busu, 71, berkata, bunga tersebut dipercayai dapat me­rawat sejenis penyakit yang dikenali sebagai ‘tekruu’ iaitu kehilangan berat badan akibat melanggar pantang pemakanan.

“Kebiasaannya, penyakit itu akan menyerang wanita dan kanak-kanak yang melanggar pantang apabila mereka memakan khinzir.

“Ketika itulah kita akan menggunakan bunga itu dengan cara merebus dan minum airnya untuk memulihkan pesakit,” katanya di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Muna Angah, 55, berkata, selain me­ngubati penyakit, bunga itu juga kebiasaannya ditanam bersama padi bukit sebagai usaha menjaga tanaman tersebut.

Katanya, bunga itu dipercayai dapat mengelakkan serangan penyakit tanaman.

“Mengikut kepercayaan kami bunga ini dapat memelihara hasil tanaman daripada rosak. Selain itu, kita juga menggunakan bunga itu untuk membuat hiasan kepala bagi kaum wanita.

“Bunga itu senang didapati kerana kebanyakan penduduk sudah menanamnya berhampiran rumah mereka,” katanya.