Bagaimanapun bedah siasat mendapati Muhammad Al Amin Rafael Mohd Rosli yang disahkan meninggal dunia pukul 10.30 malam itu adalah disebabkan jangkitan paru-paru.

Ibu mangsa, Ms Nuriah Mansor, 41, berkata, sebelum itu dia memberi susu badan kepada anak bongsu daripada lima beradik itu pukul 9.30 malam.

"Selepas memberi susu, saya menepuknya sehingga sendawa sebelum meriba serta meletakkan bayi itu di atas tilam.

“Saya kemudian masuk ke dapur untuk makan nasi, namun tidak sempat makan kerana merasa tidak sedap hati sebelum keluar dan melihat anak dalam keadaan sudah lembik.

“Saya mengangkatnya sebelum menghubungi jururawat dan doktor yang datang mengesahkan anak sudah tiada,"

katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Katanya, keadaan anak ketika itu sudah tidak bergerak tetapi mukanya sangat bersih,.

Kata Ms Nuriah, suaminya, Mohd Rosli Deraman, 52, kemudian membawa anak bongsunya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

"Saya reda dengan kejadian ini. Saya melahirkan anak saya ketika kandungan berusia 33 minggu dan selepas lahir terpaksa menerima rawatan di wad selama 10 hari sebelum dibenarkan pulang," katanya.

Sementara itu, Mohd Rosli berkata, bayinya disahkan dijangkiti kuman di paru-paru kemungkinan kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kematian bayi tersebut akibat jangkitan kuman pada paru-paru. - UTUSAN ONLINE