Projek selama lima tahun itu merupakan sebahagian daripada plan selepas negeri ini menandatangani Program Migrasi pada tahun 2016 di antara syarikat utiliti tersebut dengan Pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang melibatkan kos berjumlah RM973 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Sr Azami Mohd Nor berkata, bagi tahun ini sahaja, PAAB memperuntukkan RM 206 juta dengan panjang paip sepanjang 485,58i0 meter paip membabitkan daerah ini; Tanah Merah; Machang dan Kuala Krai.

PENGERUSI Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Datuk Sr Azami Mohd Nor m

PENGERUSI Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Datuk Sr Azami Mohd Nor menaiki jentolak sebagai gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Penukaran Paip Lama Dan Uzur Di Bawah Pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di Kampung Telaga Nibong, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ NURAIKHA SHARIPUL BAHARI

“Penukaran ini melibatkan paip jenis AC yang telah berusia 30 tahun kepada paip baru. Paip ini sering kali pecah dan bocor serta tidak dapat menampung keperluan bekalan air semasa untuk penduduk negeri Kelantan dengan baik.

“Keadaan paip yang sering kali pecah ini akan memberi kesan kepada peningkatan kadar air yang tak terhasil (NRW) di negeri Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Penukaran Paip Lama dan Uzur Di Bawah Pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di Kampung Telaga Nibong, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif AKSB , Ab Rashid Mohd Yusoff.

Azami berkata, projek tersebut sekaligus dapat menyelesaikan masalah bekalan air yang sering dihadapi pengguna selain pertambahan 50 peratus akaun baharu di seluruh negeri ini.

“Sehingga kini, AKSB merekodkan sebanyak 258,000 jumlah pengguna akaun semasa.

“Kita harap dengan penukaran paip dalam tempoh lima tahun ini dapat memberi impak besar kepada sistem bekalan air sekaligus menyelesaikan masalah air yang telah lama membelenggu rakyat di negeri ini,” ujarnya.

Tambahnya, AKSB juga sedang giat melaksanakan dua projek loji rawatan air iaitu Loji Tualang 2 di Kuala Krai yang boleh membekalkan air bersih sebanyak 20 juta liter sehari dengan menggunakan teknologi Chemiless.

“Manakala projek kedua ialah Loji Rawatan Air Kampung Teluk, Panji yang menggunakan teknologi Ozon yang dijangka siap pertengahan tahun depan,” katanya. - UTUSAN ONLINE