Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM Subang, Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata, sebanyak enam penerbangan telah dilakukan untuk mengeluarkan pelajar yang tinggal di tujuh buah kampung.

PELAJAR Orang Asli yang terkandas di kampung halaman mereka berjaya dibawa keluar menggunakan heliko

PELAJAR Orang Asli yang terkandas di kampung halaman mereka berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Katanya, selain itu dua penerbangan Medical Evacuation (Medevac) turut dilakukan untuk mengambil penduduk Orang Asli yang sakit.

“Kita berjaya mengambil pelajar yang tinggal di Kampung Simpor, Kampung Rekom, Kampung Sau, Kampung Gob, Kampung Bihai, Kampung Belatim dan Kampung Lalok.

“Selain itu kita turut mengambil pesakit iaitu Rejek Asot, 30, dari Kampung Sau, Pos Bihai yang pengsan akibat penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

PELAJAR Orang Asli yang terkandas di kampung halaman mereka berjaya dibawa keluar menggunakan heliko
PELAJAR Orang Asli yang terkandas di kampung halaman mereka berjaya dibawa keluar menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. - UTUSAN ONLINE

“Seorang lagi bayi lelaki, Kal Ondika Jerie, 2, dari Kampung Manjul, Pos Balar yang mengalami demam panas turut menaiki helikopter untuk ke Hospital Gua Musang bersama ibunya,” katanya di sini hari ini.

PESAKIT Orang Asli, Rejek Asot, yang pengsan menaiki penerbangan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba

PESAKIT Orang Asli, Rejek Asot, yang pengsan menaiki penerbangan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk ke Hospital Gua Musang, Kelantan, semalam. - UTUSAN ONLINE

Cik Hamdan berkata, jumlah itu menjadikan baki 60 lagi pelajar terkandas di kawasan perkampungan Orang Asli dan operasi akan diteruskan hari ini.

Katanya, dua helikopter yang digunakan iaitu Agusta Westland 139 dan Agusta 109 E berjaya menamatkan operasi pada pukul 5.45 petang semalam.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Sekolah Orang Asli Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Azman Jaafar berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat kebajikan dan kehadiran pelajar Orang Asli yang tinggal di pedalaman untuk ke sekolah.

PESAKIT Orang Asli, Rejek Asot, yang pengsan menaiki penerbangan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba

PESAKIT Orang Asli, Rejek Asot, yang pengsan menaiki penerbangan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk ke Hospital Gua Musang, Kelantan, semalam. - UTUSAN ONLINE

Katanya, JPN komited untuk memastikan keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli tidak terus berlaku.

“Gua Musang adalah kawasan yang paling ramai pelajar Orang Asli dan dari setahun ke setahun kita telah melaksanakan banyak inisiatif untuk memastikan kehadiran pelajar ke sekolah sentiasa meningkat,” katanya. - UTUSAN ONLINE